Friday 2 March 2012

Salam untuk pertemuan baru...

Assalam,
Hari kedua cikgu di SMKDBS ni... alhamdulillah nampaknya cikgu dapat sesuaikan diri... tiada lagi kejadian ekstrem yang berlaku... cumanya cikgu kalut ja pagi2 . Mana nak buka dan tutup gate lah( sebelum ni rumah tiada pintu pagar... hehehehe)..., mana nak tempuhi 5 lampu isyarat... tak termasuk 3 sekolah yang terpaksa cikgu berhenti kerana dijaga lalulintasnya oleh pihak sekolah berkenaan... fuh!!! sangat mencabar minda dan kesabaran jiwa... walau apapun cikgu kena tabah mengharunginya. maklumlah pengalaman baru... jadi semangat pun kena baru juga...

Cikgu lebih rilek sikit kali ni. Kena ajar tingkatan 4 kimia, tingkatan 4 sains am dan tingkatan 3 pendidikan moral. Cuma 20 waktu sahaja.. ringan la sikit.
Canggih tau sekolah ni, tak guna lagi sistem punch card, kena pakai sistem key in dalam komputer... paling best bila takdak elektrik... hehehehe... takdak rekod masa balik... hehehehehe....

Alhamdulillah... semoga di tempat baru ni cikgu lebih berhati2 bila bertutur, masakan tidak... cikgu kena cakap bahasa melayu dengan betul, jikalau tak berbahasa dengan betul nanti murid tak faham, berbahasa cina... cikgu tak boleh, berbahasa india pun tak boleh juga... nampaknya cikgu perlu mendalami bahasa melayu dengan lebih baik lagi...

Seronok juga kat sini... udara pun nyaman ja... dah pukul 10 pagi walau pun panas tapi tak terasa bahangnya... negeri orang beriman kot.... jadi sejuuuukkkk ja... hahahahaha...( ketawa besar la tu...) ; )

Cikgu syukur sangat berada di sini , alhamdulillah... tetapi terasa rindu gak kat smkbj... perwatakan budak2nya yang mengembirakan hati cikgu. Paling best bila jadi cikgu tingkatan. Order ja semua dapat. Kat sini kena ulang 2 -3 kali... entahlah macam mana nak kutip buku... rasa2nya ada tak buku yang boleh ditanda nanti???... wallahualam...
Kepada anak2 yang dicintai di smkbj... teruskan perjuangan anda. semoga berada di mercu kejayaan... dan kepada anak2 ku di SMKDBS semoga kedatanganku ini disambut dengan hati yang terbuka... dan semoga kita bersama dapat menerpa kejayaan disini... insyaallah....

No comments:

Post a Comment

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.