Wednesday 13 July 2016

GALLERY WALK

Salam,
Cikgu terpanggil untuk upload aktiviti pdp sains tingkatan 1.
bulan februari lalu, cikgu menyertai pameran Gallery walk di SMK teluk bahang anjuran ppd barat daya pulau pinang. seronok. murid-murid cikgu pun sangat sporting dan menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang. tn pengetua dan timbalan pengarah pun ada di sana. memang oooosem sangat.
tengoklah gelagat mereka.
harapan cikgu semoga aktiviti ini di teruskan. khususnya memberi peluang kepada murid tingkatan 1 untuk meminati sains. insyaallah.



















Alhamdulillah . semoga SMK Bayan Lepas terus cemerlang dan gemilang.....

Monday 11 July 2016

Copper (II) sulphate crystals

salam.
seronoknya bila hasil menjadi tanpa disedari.......
bulan lalu, sebelum raya ada buat eksperimen garam,  salt crystalisation.
dalam byk2 garam yang buat, byk yg hancur, mungkin budak ni terlebih panas atau terlalu sedikit.
tanpa disedari ada kumpulan ini yang tak buat pemanasan. dia tinggalkan garam tak dibasuh.
rupanya dalam mangkuk penyejat dah ada garam yang cantik. nampak bentuk kekisinya. sayangnya bila dah dapat tak sempat ambik garam pulak.
nak dijadikan cerita, minggu lepas ada murid yang telah tuang larutan kuprum (II) sulfat dalam bikar dan sorok di tepi tingkap. cikgu tak perasan kelakuannya dan tak sedar pun masih ada larutan yang tidak disimpan elok2.
tadi awal pagi selepas balik dari cuti raya, cikgu tolong kemas2kan makmal untuk persediaan belajar anak-anak didik minggu ni, cikgu terjumpa, kristal CuSO4 ni.
memang cantik dan besar-besar kristalnya. cuba lihat gambar di bawah...
tempoh seminggu dah jadi macam ni...
terus bersemangat nak mengajar ni. jelas bentuk kekisi trapeziumnya.... mabeles lah...
inilah yang dikatakan rezeki...
rasanya mood raya dah habis ni.... kena sambung kerja la...

cantik kan....
rasanya kalau dibiar tanpa pemanasan pun boleh kot... lepas ni boleh cuba lagi untuk larutan yang lain pula....


Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.