Tuesday 12 November 2013

Selamat menghadapi Peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia, SPM

Salam, ada yang kata sijil peperiksaan, ada yang kata sijil pembebasan, ada yang kata sijil pernikahan, aduhai... kata lah apa sahaja.... yang penting debarannya dan auranya tetap semua orang pernah rasa...
di Malaysia la... kalau di negeri omputih tu... depa panggil benda lain dah....
walau apa jua yang debarannya.... ia hanya dirasa sesudah usaha yang dimuatnaikkan sepanjang tingkatan 4 dan 5...
bukannya usaha murid sahaja, usaha cikgu2... usaha ayahbonda... usaha adik, kakak.... usaha adik abang.... usaha atok nenek... jiran2 kita dan usaha rakan2 kita....
daripada kita boleh bangun setiap pagi... cukup kemudahan dan peralatan pergi sekolah.... banjiran ilmu daripada para guru..... bantuan daripada rakan taulan.... ketenangan sewaktu ulangkaji daripada adik kakak dan abang... oppss tak lupa jugak jiran2.... doa ibu bapa dan atok dan nenek... serta semua orang yang wujud di sekeliling kita.....
cukup kah usaha kita selama ini untuk menjamin kekuatan sijil kita nanti..... ha!!!! mestilah tak cukup....
amalan2 lain pun perlu jugak.... solat fardhu...solat sunat... doa.... sedekah dengan niat untuk melapang dada dan mendapat ilham semasa menjawab soalan..... yang penting... hubungan dengan Allah tu tak putus.....
walau bagaimana besar pun usaha kita.... tetapi jika tdk mendapat redho tuhan....ataupun tak percaya wujudnya tuhan..... mesti kelak kita dalam kesusahan....
wahai anak2 didikku.... haruslah kamu semua tahu... bahawa semua guru mendoakan kejayaan kalian...
biarlah usaha kita bersama selama ini mendapat belas kasihan daripada Allah swt.... seterusnya kita dilimpahi rahmatNya ... mudah2an kita menjadi manusia yang baik akhlaknya... elok budi pekertinya dan mengharumkan nama keluarga serta dapat dibanggakan didunia dan diakhirat.....
usah risau akan cabaran soalan ini.... rempuhlah ia seperti mana yang telah dirancangkan...
ambillah pesanan guru kali terakhir.... dan melangkah dengan yakin.....
ingat!!!! setiap hari adalah hari yang baru untuk kita..... usah dikenang jawapan kertas lalu.... ambillah ia sebagai iktibar dan kekuatan kita.....
pesanan cikgu ini adalah untuk semua.... untuk cikgu jugak.....

“This is what I believe to be true. You have to do everything you can. You have to work your hardest. And if you do, if you stay positive, then you have a shot at a silver lining.” 
― Bradley Cooper

Selamat menghadapi peperiksaan.... semoga akan menempa kejayaan....
....GOOD LUCK AND BEST WISHES .....

Saturday 9 November 2013

maaf...maaf ...maaf...banyak-banyak

Salam....
terlebih dahulu, cikgu nak mintak maaf bagi semua pembaca di blog ni...
dah lama tak update... lebih daripada 4 bulan... fuhh.... lama tu...
mcm2 yang kena cikgu ubah di sini...
ubah luaran dan ubah dalaman...
amat penting untuk cikgu belajar cara menguruskan stress...
memang pening dibuatnya bila banyak benda nak diurus... tambahan perlu ada usaha lebih...
betul2 mencabar minda cikgu yang kecil ini....( minda ja kecik... badan jgn cakap la....)
ok... rasanya cikgu dah dapat sedikit ketenangan dalam menguruskan perkejaan cikgu...LEGA...
kerja2 pengkeranian di sekolah ni mmg banyak.... takut2 salah profession plak...
daripada soal data perkhidmatan sampai pengurusan gaji, ditambah pula pengurusan kelas dan peningkatan markah murid.... kira2 360 darjah la kerja2 cikgu ni....
kalau kata diluar sana cikgu ni kerja senang, balik sekerat hari, gaji tinggi.... kena dipikirkan semula la...
kalau la ni cikgu diberi pilihan nak kerja cikgu ka tak.... mesti  kata tak... sebab kerja2 pengkeranian yang terlalu melampau....
kalau nak ikut sistem barat, gajikan kerani di sekolah untuk urus perkara2 logistik ni....
biar cikgu dalam kelas mengajar ja... boleh la nak tumpu kat murid yang 40 orang satu kelas....
aduhai la kementerian.... aduhai la jabatan... aduhai la pejabat daerah.... tolong la buat kerja yang ada standard sikit... tak minta semua benda serta merta.... bagi lah peluang cikgu2 ni jadi cikgu yang sebenar.... bukan kerani yang kena bayar income tax tapi tak dapat brim...... kalau kerani biasa tak payah bayar incometax... dapat brim lagi..... mcm kata upin ipin.... kesian... kesian... kesian....
apa2 pun... bila fikir nak cuti....
YAHOOO.....
memang best... walaupun cuti cuma 2 minggu... kerja2 utuk tahun hadapan mesti disediakan....
alahai.. taknak la pikir pasai keja....
hehehehe... sampai ketemu lagi.....
selamat bercuti.....
rehat2kan minda.... rehat2kan perasaan....semoga tak ada lagi stress selepas ini....

Sunday 28 July 2013

Tensionnya!!!!!

Aduhai... dah lama tak update blog ni...
maklumlah asyik buat kerja orang....
cikgu bencilah pengurusan sekolah baru ni....
sentiasa terkejar-kejar.....
bagi jawatan macam2.... lepas tu orang len pulak yang kena buat kerja org2 "berjawatan" tu....
sempena kedah top5 ni pening betui kena buat paper work....
ish3x... aku tak suka....
dashboard dok kena buat sejak dari hujung tahun lepas sampailah lani.... tak siap2 lagi...
bila dah buat... tak betui pulak.... kena ubah....
lepas tu sekarang mintak skt pulak....
dah la ada dlm e-operasi ... lagi tak cukup... kena buat lembaran len pulak utk skt...
aduhai.... aku ni cikgu.... kena mengajar dalam kelas....
tapi asyik sibuk dengan komputer utk buat paper work...
org yang dok fokus kat dashboard tu org yang berangan2.... tak menjejak di bumi yang nyata....
bila dah ada angka orang2 gagal... sudahlah... kena buat unjuran sampai 2015????
aduhai... aku hidup tak lagi nak ikut dashboard tu?????
tak cukup lagi hari ni tetiba ja ada ujian pra-percubaan sains..... hello!!!
aku ada lagi 2 topik nak habiskan.....
ini semua gara2... pihak pengurusan... masa awai tahun susun jadual bukan main lagi....
kena ikut buku kunig yang dibekalkan... alih2... suka hati makbapak depa nak buat apa2 pun....
bila ada program semua bidan terjun... tinggai semua kelas2 nak ajar... kena buat kerja2 yang tah apa2....
aku memang sokong nak kedah top 5... tapi hangpa tu pihak pengurusan.... uruslah secara profesional.... jangan macam pasar....
bising2 sana sini, mesyuarat hari2...
kelas tambahan sampai malam.....
aduhai... bila nak fokus nak ajar buadak2....
jadi cikgu kena tahu kelemahan pelajar... tapi bila dah dok mengadap komputer buat paper work... bila masa nak bergaul dgn pelajar????????
bila masa nak kenal pelajar....
nak jadi cemerlang kena buang benda2 yang meruntun dok bagi jatuh.... baru boleh naik....
ini nak naik bawa semua benda2 yang meruntun jatuh.....
aduh fikir la sikit.....
pengurusan diri kena cemerlang.... kalau cikgu cemerlang , kerja pun kena cemerlang....
kalau dah aku kerja kena bawak lembu satu kandang, dengan bawak rumput satu padang..... tak cukup dengan tu... ada "taukeh" pula dok pukul punggung aku suruh jalan.... cam na????
ada ke patut....
aku geram sangat.... aku dah penat....
sudah...cukup sudah..... aku nak berhenti jadi cikgu.....
boleh tak??????????????????????

Monday 29 April 2013

LAWATAN KPM /JPN / PPD - 30 April 2013

Salam sejahtera untuk semua warga smkdbs...
Semoga usaha kita mendidik anak bangsa akan berhasil.
Satu lawatan kpm akan disambut ole semua warga sekolah esok....30 april mulai jam 8.00pg....
Diharapkan kesemua ketua panitia dpt bersedia dan menampilkan hasil usaha yg terbaik ya....
Kepada para guru2 yg lain.... kita berjaya kerana kita adalah warga dbs....
Kesatuan dan kerjasama antara kita pasti akan membuahkan hasil...
Insyaallah ...
Visi kita...
SEKOLAH UNGGUL, PENJANA GENERASI TERBILANG ...
Dan misi kita...
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI...
akan menjadi realiti...
Bertekun hingga berjaya....
DBS....BOLEH!!!


Thursday 7 February 2013

science exibition 2013

salam sejahtera semuanya...
cikgu ingin memaklumkan sempena science show yang akan berlangsung pada mac ini, cikgu harap semua pelajar sains smkdbs dapat bersedia dan mencari panduan utk memilih experimen atau aktiviti yang bersesuaian.
oleh itu disini cikgu ingin memberitahu bahawa cikgu ada memuatkan video di youtube tentang science show yang pernah dianjurkan di sekolah lama cikgu.
anda cuma perlu browse / search di you tube : zalilahismail07 at smkbukit jambul.
 dari you tube berkenaan juga anda boleh tgk beberapa konsep sains dan bolehlah memilih yang digemari dan senang nak buat....
yang lain2 tu.... usaha sendiri lah....
ok good luck.... arios....

Yuuu...huuuu....

As salam... utk semua reader... selamat sejahtera dan pastinya selamat bercuti.....
Qong Xi Fa Cai.... everyone...
best2x.... sekolah cikgu dpt cuti seminggu.....alhamdulillah....lega....
inilah masanya nak update module, nak buat soalan peksa UK1....
ha buat anak2 dan adik2 sekelian... silalah buat ulangkaji masa peksa tu ok.....
selamat bercuti...

Saturday 12 January 2013

selamat kembali ke sekolah...

As salam...
Lama gak cikgu tak update blog ni.... almaklumlah... bila ujung tahun, kena buat kerja2 perkeranian.... bila cuti pulak update facebook.... belajar memasak... dan macam2 lagi lah..
Lega rasanya bila dah mula sekolah... bleh dpt semangat baru....
Alhamdulillah...syukur, kita dipanjangkan usia lagi utk meneruskan ibadah kita pd thn ni... semoga dengan tahun baru ni, azam kita dpt ditunaikan....entah2 azam thn sudah pun tak tertunai kot....kuikuikui....
Apa2 pun, cikgu
ucapkan selamat kembali ke sekolah...k
Jgn nakal2...

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.