Sunday 18 March 2012

Hari ni ada sedikit kepuasan...

Aduhai... penat betul berada di SMKDBS...
Masakan tidak ! Perkataan yang sama perlu diulang2 hingga 4 - 5 kali... itu pun baru cuma untuk tahap tahu sahaja... belum lagi nak buat hubungkait dan analisis... Inilah dilemma guru-guru luar bandar ni... sepatutnya ketua2 kerajaan perlu beri lebih perhatian kepada pembangunan luar bandar... bukannya memberi imbuhan kepada sekolah2 di bandar yang sudah tentunya dibantu oleh pusat2 tusyen serta kesedaraan ilmu oleh para ibu bapa... contohnya macam di sekolah ni ada lebih 2000 orang pelajar sains... tapi makmal sains cuma 3bilik saja bukannya 3 bangunan!!!... boleh bayangkan bagaimana nak kenal alatan eksperimen... kalau tak buat eksperimen macam mana nak fahami konsep... tak semua subjek boleh tengok CD yang diberi... kalau cuma tengok saja tanpa eksperimen mana nak dapat pengalaman...
kesiannya pelajar2 disini...
Bukan itu sahaja masalahnya... bangunan pun tak cukup... kerusi meja lagi lah tak cukup... jika ada pelajar tidak hadir, meja dan kerusinya juga hilang...disambar oleh murid lain... bagaimana nak ada keselesaan di sekolah...
sekolah sepatutnya adalah zon selamat... jika nak duduk dalam kelas pun dah tak selamat... bagaimana nak duduk di luar kelas....
aku pernah berada di sekolah bandar... pernah juga berada di sekolah luar bandar... kementerian minta guru2 bertransformasi minda... cuba cari cara yang luar biasa untuk mengajar... tetapi cuba tengok sekolah luar bandar ni... bukankah mereka murid2 yang luar biasa... cikgu2 disini juga terpaksa bertindak dengan luar biasa juga...
Kementerian telah meletakkan Band sekolah... label sekolah.... prestasi sekolah berdasarkan peperiksaan umum semata2... tidak ada cara lainkah yang boleh diuji.... bila ada masalah pembelajaran atau disiplin sekolah boleh membuang pelajar... lepas buang nak kemana pelajar itu... dari sekolah band 1 ke band 3 kemudian ke band 5,6,7.... apa guna letak label ataupun band sekolah jika sekolah yang berprestasi tinggi mendapat pelajar2pelajar yang terkawal perwatakkannya... bagaimana dengan sekolah band 4,5,6 tadi yang menerima pelbagai ragam pelajar yang berlatarbelakangkan kes disiplin yang gelap....
Kementerian...Pegawai2 dan orang2 yang duduk di kerusi mewah2 sepatutnya mereka lah yang perlu bertransformasi... cari satu kaedah untuk mengukur tahap perjuangan guru2 di sekolah luar bandar....
Bukan hanya melabel sekolah berdasarkan prestasi peperiksaan umum semata2....
Jika di sini... pelajar yang "zero" tanpa boleh membaca sudah boleh menjawab soalan karangan atau esei... itu merupakan kejayaan kepada guru2 disini.... bukannya markah peperiksaan SPM seperti yang diukur oleh kementerian....
Alhamdulillah... sekarang baru saya dapat rasa bagaimana susahnya nak mengajar... disini bukan hanya mengajar sahaja yang perlu tetapi mendidik pelajar adalah perkara yang utama.... demi masa depan pelajar itu sendiri... inilah yang dinamakan KEMENJADIAN PELAJAR seperti yang diwar-warkan oleh kementerian....

No comments:

Post a Comment

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.