Tuesday 12 November 2013

Selamat menghadapi Peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia, SPM

Salam, ada yang kata sijil peperiksaan, ada yang kata sijil pembebasan, ada yang kata sijil pernikahan, aduhai... kata lah apa sahaja.... yang penting debarannya dan auranya tetap semua orang pernah rasa...
di Malaysia la... kalau di negeri omputih tu... depa panggil benda lain dah....
walau apa jua yang debarannya.... ia hanya dirasa sesudah usaha yang dimuatnaikkan sepanjang tingkatan 4 dan 5...
bukannya usaha murid sahaja, usaha cikgu2... usaha ayahbonda... usaha adik, kakak.... usaha adik abang.... usaha atok nenek... jiran2 kita dan usaha rakan2 kita....
daripada kita boleh bangun setiap pagi... cukup kemudahan dan peralatan pergi sekolah.... banjiran ilmu daripada para guru..... bantuan daripada rakan taulan.... ketenangan sewaktu ulangkaji daripada adik kakak dan abang... oppss tak lupa jugak jiran2.... doa ibu bapa dan atok dan nenek... serta semua orang yang wujud di sekeliling kita.....
cukup kah usaha kita selama ini untuk menjamin kekuatan sijil kita nanti..... ha!!!! mestilah tak cukup....
amalan2 lain pun perlu jugak.... solat fardhu...solat sunat... doa.... sedekah dengan niat untuk melapang dada dan mendapat ilham semasa menjawab soalan..... yang penting... hubungan dengan Allah tu tak putus.....
walau bagaimana besar pun usaha kita.... tetapi jika tdk mendapat redho tuhan....ataupun tak percaya wujudnya tuhan..... mesti kelak kita dalam kesusahan....
wahai anak2 didikku.... haruslah kamu semua tahu... bahawa semua guru mendoakan kejayaan kalian...
biarlah usaha kita bersama selama ini mendapat belas kasihan daripada Allah swt.... seterusnya kita dilimpahi rahmatNya ... mudah2an kita menjadi manusia yang baik akhlaknya... elok budi pekertinya dan mengharumkan nama keluarga serta dapat dibanggakan didunia dan diakhirat.....
usah risau akan cabaran soalan ini.... rempuhlah ia seperti mana yang telah dirancangkan...
ambillah pesanan guru kali terakhir.... dan melangkah dengan yakin.....
ingat!!!! setiap hari adalah hari yang baru untuk kita..... usah dikenang jawapan kertas lalu.... ambillah ia sebagai iktibar dan kekuatan kita.....
pesanan cikgu ini adalah untuk semua.... untuk cikgu jugak.....

“This is what I believe to be true. You have to do everything you can. You have to work your hardest. And if you do, if you stay positive, then you have a shot at a silver lining.” 
― Bradley Cooper

Selamat menghadapi peperiksaan.... semoga akan menempa kejayaan....
....GOOD LUCK AND BEST WISHES .....

Saturday 9 November 2013

maaf...maaf ...maaf...banyak-banyak

Salam....
terlebih dahulu, cikgu nak mintak maaf bagi semua pembaca di blog ni...
dah lama tak update... lebih daripada 4 bulan... fuhh.... lama tu...
mcm2 yang kena cikgu ubah di sini...
ubah luaran dan ubah dalaman...
amat penting untuk cikgu belajar cara menguruskan stress...
memang pening dibuatnya bila banyak benda nak diurus... tambahan perlu ada usaha lebih...
betul2 mencabar minda cikgu yang kecil ini....( minda ja kecik... badan jgn cakap la....)
ok... rasanya cikgu dah dapat sedikit ketenangan dalam menguruskan perkejaan cikgu...LEGA...
kerja2 pengkeranian di sekolah ni mmg banyak.... takut2 salah profession plak...
daripada soal data perkhidmatan sampai pengurusan gaji, ditambah pula pengurusan kelas dan peningkatan markah murid.... kira2 360 darjah la kerja2 cikgu ni....
kalau kata diluar sana cikgu ni kerja senang, balik sekerat hari, gaji tinggi.... kena dipikirkan semula la...
kalau la ni cikgu diberi pilihan nak kerja cikgu ka tak.... mesti  kata tak... sebab kerja2 pengkeranian yang terlalu melampau....
kalau nak ikut sistem barat, gajikan kerani di sekolah untuk urus perkara2 logistik ni....
biar cikgu dalam kelas mengajar ja... boleh la nak tumpu kat murid yang 40 orang satu kelas....
aduhai la kementerian.... aduhai la jabatan... aduhai la pejabat daerah.... tolong la buat kerja yang ada standard sikit... tak minta semua benda serta merta.... bagi lah peluang cikgu2 ni jadi cikgu yang sebenar.... bukan kerani yang kena bayar income tax tapi tak dapat brim...... kalau kerani biasa tak payah bayar incometax... dapat brim lagi..... mcm kata upin ipin.... kesian... kesian... kesian....
apa2 pun... bila fikir nak cuti....
YAHOOO.....
memang best... walaupun cuti cuma 2 minggu... kerja2 utuk tahun hadapan mesti disediakan....
alahai.. taknak la pikir pasai keja....
hehehehe... sampai ketemu lagi.....
selamat bercuti.....
rehat2kan minda.... rehat2kan perasaan....semoga tak ada lagi stress selepas ini....

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.