Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah tempoh 2011 telah berjaya diharungi dengan berbagai-bagai cobaan hidup untuk saya. Tak sangka hari ni telah dibuka lembaran baru untuk saya. Banyak aktiviti panitia sains pada tahun ni. Antaranya...
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU
1. Kelas Tambahan subjek Kimia Tingkatan 4, bagi tahun 2010
2. Kelas Tambahan Fasa 1 dan 2 anjuran SMKBJ
3. Kelas Tambahan Sains PMR 3 Cekal, 3Dinamik, 3 Fitrah,
4. Kelas Tambahan Fizik,Kimia, dan Biologi Tingkatan SPM
KURSUS / SEMINAR/ BENGKEL UNTUK GURU
1. Bengkel Penataraan Peka Sains PMR, Sains SPM, Fizik SPM, Kimia SPM dan Biologi SPM
2. Bengkel Penetapan KPI Sains PMR dan SPM, Tingkatan 1,2,4, Fizik Tingkatan 4,5, Kimia tingkatan 4,5, Biologi Tingkatan 4,5
3. Kursus Inovasi dalam Pengajararan ( Sistem GPS,Laman Blog,Penggunaan Internet dalam P&P )
4. Bengkel Pembinaan JSI bagi guru-guru baru
5. Mesyuarat Panitia Sains
LUAR KURIKULUM
1. Orientasi Murid Tingkatan 4
2. Aktiviti Kitar semula bersama CGSS USM
3. Projek Pameran Sains ( Science Exhibition )
4. Pertandingan-pertandingan Anjuran JPN, USM,ASMEP, RECSAM, Jabatan Kimia Negara, Toyota dan lain-lain badan berkanun dan swasta.
5. Aktiviti selepas PMR
MOTIVASI GURU DAN MURID
1. Klinik Mata Pelajaran
2. Perkongsian Bahan
3. Penggunaan Kit Menggubal Soalan
           Alhamdulillah untuk pertama kalinya di SMKBJ saya menjadi ketua panitia, saya rasakan banyak lagi yang perlu dipelajari. Insyaallah saya akan cuba lakukan tanggungjawab dengan lebih baik lagi ( jika dapat jadi KP lagi di sekolah baru...hehehehehe...)
           Salam Maal Hijrah semua, semoga amal kajikan kita pada tahun lalu dapat diteruskan lagi pada tahun baru ni. Insyaallah jika kita lakukan amal dengan ikhlas pasti ada ganjarannya. Sama-samalah kita doakan ya...
          "Ya Allah! Perelokkanlah segala amal perbuatan kami sekaliannya, Ya Allah ! Tambahkanlah kami dan janganlah mengurangkan kami, dan muliakanlah kami dan bukan menghinakan kami, kurniakanlah akan kami dan bukan menegah atau menahan akan kami, redhakanlah kami dan redha daripada kami wahai Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat" . Amin...

Monday 21 November 2011

Pengalaman pertama...

Semasa pertandingan koleksi serangga baru-baru ni, cikgu zalilah berpeluang untuk mengimbas kembali nostalgia lama. Selepas cikgu zalilah ambil spm dulu lebih kurang pada tahun 199+....  cikgu zalilah pernah bekerja sambil menunggu result spm keluar. Cikgu zalilah bekerja sebagai pembantu penyelidik kepada pensyarah di usm. seronok juga bekerja sebagai pembantu penyelidik ni, mcm2 benda yang cikgu tak tau jadi bleh tau. Yang paling best sekali bila first time cikgu zalilah masuk dalam bendang. Tau bendang tu apa???. Sawah padi la...untuk cari larva pepatung ... First time gak cikgu zalilah tgk benda tu... mcm lipas. hehehe... Paling tak boleh lupa bila dalam dok mengkaji tu, tetiba batas bendang yang cikgu zalilah pijak tu lembut, terus jatuh cikgu zalilah dalam bendang, kaki pulak melekat dalam selut(lumpur) sampai tak bleh gerak.... Masa tu cikgu zalilah rasa mcm kena pasir jerlus...( masa tu la...heheheh...) hingga dua orang rakan cikgu terpaksa tarik naik...hehehee...
Sekarang ni bila teringat balik peristiwa tu... jadi lucu plak... kenderaan beratlah katakan... mesti guna kren untuk tarik.... hehehehee....
Pengalaman pertama bila dapat duit dari usaha sendiri... cikgu jugak berpeluang untuk mendaftar dengan kwsp seawal umur cikgu 17+ tahun... masih remaja lah katakan...
sekarang ni bila berpeluang berjumpa dengan pensyarah yang sama cuma masa sahaja yang berbeza... Prof. Salmah masih mcm dulu... cuma cikgu zalilah shaja yang makin lebar....hehehehe....
Terima kasih kepada Prof Salmah kerana pengalaman yang untuk seumur hidup cikgu zalilah...
Prof. Salmah Md Rawi... terima kasih.

Saturday 19 November 2011

Salam ...

Assalam...
lama gak dah update blog ni.
yang terbaru... permohonan bertukar cikgu zalilah dah berjaya. alhamdulillah penantian dan kesabaran di selama beberapa bulan ni berbaloi...
surat pengesahan dah diterima tapi nama sekolah tak tau lagi... insyaallah.. kalau dah tahu nanti kita update ya...
selepas ni dah tak boleh guna nama smkbj... sayang nya... namun perjuangan akan tetap diteruskan...
semoga ada rahmat untukku di tempat baru ini. insyaallah... doakan cikgu untuk berjaya di tempat baru ya..

Saturday 12 November 2011

Pertandingan koleksi serangga

Hari ni kat recsam jam 9 pg - 5 ptg, ada pertandingan. dalam tempoh 2 minggu budak2 dari 2f dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang diperuntukkan. malangnya sebanyak 27 kumpulan terlibat untuk merebut 7 tempat kemenangan. pasukan pertama digondol oleh sek tun syed sheikh barakbah, tempat kedua hingga saguhati ketiga dibolot oleh sek perempuan jenis kebangsaan cina, manakala saguhati keempat dimenangi oleh st georges. smkbj batu pertama kali mengorak langkah dalam pertandingan ini. alhamdulillah banyak pengalaman yang diperolehi. semoga di tahun hadapan dapat diperbarui kedudukan hari ini. insyaallah... tgklah beberapa koleksi yang menarik yang telah memenangi hadiah...



koleksi dari smk bukit jambul

lagi koleksi dari smk bukit jambul





 Semoga di tahun akan datang, smkbj dapat merangkul hadiah, insyaallah...

Wednesday 9 November 2011

.:. Kenapa kita GAGAL?

dalam banyak2 post dari blogger yang aku browsed mlm n i salah satu article yang sgt berguna utk aku dan aku rasa sgt perlu utk berkongsi dengna rakan taulan. silalah browse ke laman dilaman (link) dibawah. anda pasti tidak menyesal...

.:. Kembara Hati Insan Mencari Rabbnya .:.: Kenapa kita GAGAL?

Tahniah adikku, semoga dpt membentuk keluarga yang soleh, insyaallah, amin...

Pernikahan adik di kampung kepala gajah, jerteh, terengganu. perjalanan yang mendebarkan. alhamdulillah semuanya selamat sampai dan segala urusan dimudahkanNya.
semoga adikku berjaya membentuk isteri yang solehah dan cepat2 dpt anak2 yang bijak dan comey, insyaallah...



Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. amin...

Saturday 5 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SEMUA


BERKORBANLAH HANYA KERANA ALLAH SWT.
SEMOGA PENGORBANAN KITA PADA HARI INI DAN SETERUSNYA DITERIMA OLEHNYA. INSYAALLAH...AMIN...

Friday 4 November 2011

Tribute to my Kadet Bomba SMKBJ students.

The jurney for this year come to an end. Hopefully the success be yours for next year...

Thanks for the support.


Pls browse to the link below to see the slaid show. enjoy...


Kadet Bomba Dan Penyelamat Smk Bukit Jambul 2011 Slideshow: Zalilahismail’s trip from Pinang, Malaysia to 2 cities Georgetown and Pusat Koko, Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday 3 November 2011

LDP SAINS - APRIL 2011

Tahu alat ini???... Salah satu pengesan GPS
LDP SAINS pada April 2011.

Banyak yang dipelajari sebagai guru sains... antara yang menarik adalah pengajaran menggunakan ICT dan bagaimana menghasilkan video sendiri... aduhai  rasanya aku ni banyak yang ketinggalan zaman.

Selain itu aku juga belajar menggunakan sistem GPS... hehehe... rasanya mcm jadi scout zaman kanak2 ja... excited gak bila sesekali kena buli nak cari lokasi... anyway... its a good start in technology world which i'm not used to it...

Yang paling menarik adalah bila kena buat blog sendiri. Alhamdulillah aku dah mula teransang nak share mcm2 benda melalui blog ni... spt yang aku buat sekarang ni...

Inilah yang dikatakan team work... pasti ada kebaikannya jika niat kita ikhlas melakukan sesuatu. Inyallah bukan setakat jadi SKT kat dunia ni aja, ganjaran dan nikmat dari Allah swt juga kita bleh dpt. Insyaallah.

Tengah belajar la ni...
oh... mcm ni....

inilah dia blog cikgu...

peace 'no' war... telatah guru sambil mendengar ceramah...

canggih sangat alat dia...

inilah lokasi tuan-tuan...

inilah blog salah seorang peserta kursus...

Inilah dia Mr Gopi( gc ICT ) dari SMK Abdullah Munshi

Tuesday 1 November 2011

science exhibition 2011

dah lama dah buat tapi baru sekarang bleh update dlm blog ni.... hehehe....
...
Science Panel held a science project for all students in smk bukit jambul from 30th march to 31st march at biology labs. 12 groups of six presented their creative and innovative experiments to apply the science concept. This project was coordinates by cik zalilah ismail (gckimia)

These are their outcomes...

Aplication of voltaic cell

Application of redox reaction

Application of movement of particles by kinetic theory


Art in science...

Cooking with natural colouring...

Robotics floats...

To see sound waves...

Hopes to see these students excel in their studies as well. Insyaallah...
Thanks to all participants. May this kind of activity ignites interest of science among youngters.

Science Exhibition 2011 Slideshow: Zalilahismail07’s trip from Pinang, Malaysia to smk bukit jambul, penang (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.