Tuesday 27 March 2012

Perjumpaan kedua...

Semalam, Selasa(27/3/12) ada perjumpaan kedua bagi kelab dan persatuan. Apa lagi, cikgu pun ditugaskan untuk menasihat Kelab Cyber.. Bunyi mcm gempak kan!!!... memang gempak habis.... ahli seramai 20 orang sahaja... senang nak handle kelab ni. Semua aktiviti buat dalam computer lab. Rasanya kena keluar gak ni... Asyik dok dalam air con je nanti tak sihat pulak. Semalam pelajar2 telah diajarkan untuk menggunakan aplikasi power point untuk  buat persembahan. Sebab pada selasa minggu depan akan diadakan pertandingan persembahan power point. Pemenangnya akan diberikan hadiah RM20 beserta sijil. Ok la tu..boleh buat topup... hehehe...
tgk la gelagat budak2 ni buat power point... ada yang dah mahir ada yang tak pernah guna pun... tp yang penting pada yang takdak komputer di rumah tu, boleh minta izin cikgu bilik komputer tu dan buat masa rehat. atau pun boleh p cc... Yang Paling penting... kita cuba buat... untuk dapat pengalaman...
" KALAU SALAH, BOLEH BETULKAN.... KALAU BETUL, BOLEH DIBERI KEPUJIAN"... Walau apa pun caranya... mencuba adalah langkah pertama untuk berjaya... jadi teruskan berusaha ya... semoga berjaya...




 tengokah anakku ini...memang malu bila nak bergambar... siap ada yang tutup muka.... hehehehe...

Monday 19 March 2012

Sedangkan pantai turut berubah....

Ahhh..... lega....
Rasanya semakin hari aku jadi semakin tenang pula...
Persekitaran aku ni banyak membantu. memang aku akui pada mulanya aku agak stress dan masih dalam keadaan nak menyesuaikan diri. Tapi hari ni rasa mcm lega jer... mungkin sebab tak payah ajar dari hari jumaat sampai hari Isnin... hahahahaha... nak tahu kenapa????
Bila sampai di sekolah baru ni rasanya aku patut memulakan sesuatu. Cari apa yang dah hilang dalam hidup aku sebelum ni..... kalau dulu hanya asyik fikirkan sekolah ja.... mungkin sekarang masa untuk fikirkan benda lain pula... ha... rasanya aku akan mula menyusun jadual harian aku dengan lebih baik lagi... mungkin impian nak ke Istanbul boleh tercapai tahun ni.... insyaallah...
Apa2 pun hari ni memang best....

Sunday 18 March 2012

Hari ni ada sedikit kepuasan...

Aduhai... penat betul berada di SMKDBS...
Masakan tidak ! Perkataan yang sama perlu diulang2 hingga 4 - 5 kali... itu pun baru cuma untuk tahap tahu sahaja... belum lagi nak buat hubungkait dan analisis... Inilah dilemma guru-guru luar bandar ni... sepatutnya ketua2 kerajaan perlu beri lebih perhatian kepada pembangunan luar bandar... bukannya memberi imbuhan kepada sekolah2 di bandar yang sudah tentunya dibantu oleh pusat2 tusyen serta kesedaraan ilmu oleh para ibu bapa... contohnya macam di sekolah ni ada lebih 2000 orang pelajar sains... tapi makmal sains cuma 3bilik saja bukannya 3 bangunan!!!... boleh bayangkan bagaimana nak kenal alatan eksperimen... kalau tak buat eksperimen macam mana nak fahami konsep... tak semua subjek boleh tengok CD yang diberi... kalau cuma tengok saja tanpa eksperimen mana nak dapat pengalaman...
kesiannya pelajar2 disini...
Bukan itu sahaja masalahnya... bangunan pun tak cukup... kerusi meja lagi lah tak cukup... jika ada pelajar tidak hadir, meja dan kerusinya juga hilang...disambar oleh murid lain... bagaimana nak ada keselesaan di sekolah...
sekolah sepatutnya adalah zon selamat... jika nak duduk dalam kelas pun dah tak selamat... bagaimana nak duduk di luar kelas....
aku pernah berada di sekolah bandar... pernah juga berada di sekolah luar bandar... kementerian minta guru2 bertransformasi minda... cuba cari cara yang luar biasa untuk mengajar... tetapi cuba tengok sekolah luar bandar ni... bukankah mereka murid2 yang luar biasa... cikgu2 disini juga terpaksa bertindak dengan luar biasa juga...
Kementerian telah meletakkan Band sekolah... label sekolah.... prestasi sekolah berdasarkan peperiksaan umum semata2... tidak ada cara lainkah yang boleh diuji.... bila ada masalah pembelajaran atau disiplin sekolah boleh membuang pelajar... lepas buang nak kemana pelajar itu... dari sekolah band 1 ke band 3 kemudian ke band 5,6,7.... apa guna letak label ataupun band sekolah jika sekolah yang berprestasi tinggi mendapat pelajar2pelajar yang terkawal perwatakkannya... bagaimana dengan sekolah band 4,5,6 tadi yang menerima pelbagai ragam pelajar yang berlatarbelakangkan kes disiplin yang gelap....
Kementerian...Pegawai2 dan orang2 yang duduk di kerusi mewah2 sepatutnya mereka lah yang perlu bertransformasi... cari satu kaedah untuk mengukur tahap perjuangan guru2 di sekolah luar bandar....
Bukan hanya melabel sekolah berdasarkan prestasi peperiksaan umum semata2....
Jika di sini... pelajar yang "zero" tanpa boleh membaca sudah boleh menjawab soalan karangan atau esei... itu merupakan kejayaan kepada guru2 disini.... bukannya markah peperiksaan SPM seperti yang diukur oleh kementerian....
Alhamdulillah... sekarang baru saya dapat rasa bagaimana susahnya nak mengajar... disini bukan hanya mengajar sahaja yang perlu tetapi mendidik pelajar adalah perkara yang utama.... demi masa depan pelajar itu sendiri... inilah yang dinamakan KEMENJADIAN PELAJAR seperti yang diwar-warkan oleh kementerian....

Friday 9 March 2012

Sudah ada tanda positif...

Alhamdulillah...  hari rabu telah mencatat sejarah yang tersendiri untuk cikgu dengan kelas 4sains sosial 1. cikgu ada buat abm utk budak2 tu... adalah mintak bdk tu keluar utk lekat kertas pada abm yang disediakan di papan hitam.... mula2 bdk2 lelaki malu nak keluar tp lepas dah dicabar oleh bdk2 perempuan, mereka pun bolehlah nak keluar dan lekat kertas kat abm tu... alhamdulillah kelas hari ni dah boleh dikawal dan bdk2 pun dah boleh terima pnp sains.... semoga bdk2 ni terus terima pengajaranku dan semoga bdk2 ni terus berjaya. Sama2 kita doakan mereka ya... cuba tgk video dibawah... dah baik kan???
Semoga berjaya 4 SS1 dalam matapelajaran sains ya......




Saturday 3 March 2012

Nak ngajar mcm mana ni???

Tadi p&p menjadi huru-hara dibuatnya... apa angin budak2 ni pun tak tau la... nak ngajar bukan saja taknak dengar tapi budak2 ni bercakap lagi kuat daripada aku... aduhai... sakit hatinya....
Ha! tgk la sendiri...
Itu dah mau nak duduk kat tempat tu... masa masuk kelas lagi teruk... lagi bising daripada pasar ikan.... Aduhai... kalau camni selalu... boleh kena darah tinggi aku ni...
Walau bagaimanapun masih ok lagi lah... boleh la suruh buat setakat 1 muka surat latihan tu... alhamdulillah boleh la kutip buku...
Itupun ada la 8 orang takdak buku.. dah masuk 3 bulan buku pun takdak... pastu 6 orang tak bawak buku...
Fuyoo... betul2 mencabar kesabaran aku la kelas ni... apa2 pun kena la ubah teknik mengajar lepas ni... Masih terngiang-ngiang kata2 Cikgu Jalil :- Challenges are opportunities...
Wahai anak2ku cubalah fahami situasi guruku ini....
Insyaallah aku kena tabah hadapi dugaan ni.... hukhukhuk... :(
Doakan kejayaanku ya....

Physical or Chemical Properties

Until now the discussion on physical and chemical properties still brought up by students. I wonder why. So I hope the article here will release the tension and hope it gives benefit to those who still wondering the difference between physical and chemical properties. Good Luck!


THE DIFFERENT BETWEEN PHYSICAL DAN CHEMICAL PROPERTIES

PHYSICAL PROPERTIES:
  • Used to observe and describe matter
  • Can be observe wothoiut changing the composition of matter
  • Physical properties include:-
      1. colour
      2. appearance
      3. odour
      4. density
      5. solubility in water/ organic solvent
      6. melting and boiling point
      7. conductivity of electricity
    • these physical properties normally can be measured and it is standardise in STP
  • Chemical properties :
      1. Properties that change the chemical nature of matter (Normally after the reaction)
      2. Normallly can be represented by chemical equation
Example:
a) Acid- reacts with base to form salt and water only
        • reacts with reactive metals such as Mg,Zn, Al,Fe to release hydrogen gas only
        • reacts with CaCO3 to release CO2
b) base – reacts with acid to form water and salt only
- Na2O3K2O dissolve in water to form alkali

Friday 2 March 2012

Endocrine system

The facts that hormones are secreted by the endocrine glands...
Just view the vt below to find out the fact....

This video is for those who take general science 4551 for spm. Have aplesant viewing...

Salam untuk pertemuan baru...

Assalam,
Hari kedua cikgu di SMKDBS ni... alhamdulillah nampaknya cikgu dapat sesuaikan diri... tiada lagi kejadian ekstrem yang berlaku... cumanya cikgu kalut ja pagi2 . Mana nak buka dan tutup gate lah( sebelum ni rumah tiada pintu pagar... hehehehe)..., mana nak tempuhi 5 lampu isyarat... tak termasuk 3 sekolah yang terpaksa cikgu berhenti kerana dijaga lalulintasnya oleh pihak sekolah berkenaan... fuh!!! sangat mencabar minda dan kesabaran jiwa... walau apapun cikgu kena tabah mengharunginya. maklumlah pengalaman baru... jadi semangat pun kena baru juga...

Cikgu lebih rilek sikit kali ni. Kena ajar tingkatan 4 kimia, tingkatan 4 sains am dan tingkatan 3 pendidikan moral. Cuma 20 waktu sahaja.. ringan la sikit.
Canggih tau sekolah ni, tak guna lagi sistem punch card, kena pakai sistem key in dalam komputer... paling best bila takdak elektrik... hehehehe... takdak rekod masa balik... hehehehehe....

Alhamdulillah... semoga di tempat baru ni cikgu lebih berhati2 bila bertutur, masakan tidak... cikgu kena cakap bahasa melayu dengan betul, jikalau tak berbahasa dengan betul nanti murid tak faham, berbahasa cina... cikgu tak boleh, berbahasa india pun tak boleh juga... nampaknya cikgu perlu mendalami bahasa melayu dengan lebih baik lagi...

Seronok juga kat sini... udara pun nyaman ja... dah pukul 10 pagi walau pun panas tapi tak terasa bahangnya... negeri orang beriman kot.... jadi sejuuuukkkk ja... hahahahaha...( ketawa besar la tu...) ; )

Cikgu syukur sangat berada di sini , alhamdulillah... tetapi terasa rindu gak kat smkbj... perwatakan budak2nya yang mengembirakan hati cikgu. Paling best bila jadi cikgu tingkatan. Order ja semua dapat. Kat sini kena ulang 2 -3 kali... entahlah macam mana nak kutip buku... rasa2nya ada tak buku yang boleh ditanda nanti???... wallahualam...
Kepada anak2 yang dicintai di smkbj... teruskan perjuangan anda. semoga berada di mercu kejayaan... dan kepada anak2 ku di SMKDBS semoga kedatanganku ini disambut dengan hati yang terbuka... dan semoga kita bersama dapat menerpa kejayaan disini... insyaallah....

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.