Monday 2 April 2012

Bengkel Think Tank- PPD KMY

Alhamdulillah... semalam cikgu dapat menghadirkan diri ke bengkel Think tank. Iaitu bengkel untuk membuat modul PnP kepada pelajar-pelajar yang GALUS( gagal lulus ). Bengkel ini adalah yang kedua... Malangnya cikgu masih baru di daerah KualaMuda Yan ni, jadi cikgu agak terlewat lah... Namun alhamdulillah cikgu2 dari sekolah lain banyak membantu. Ini satu program perkongsian maklumat untuk guru2 cemerlang. Bagus gak jika boleh guna modul untuk peringkat daerah... selepas ni mesti ada soalan peringkat daerah pulak.... Alhamdulillah... semakin hari semakin mudah la kerja guru... program ini boleh jadi kenyataan jikalau semua pihak terlibat dan dipantau secara berterusan oleh pihak pentadbir...pengetua dan ppd sendiri...
Memang satu kesempatan yang baik jika cikgu2 dpt berkumpul dan berbincang permasalahan bersama...
Terima kasih kepada pihak PPD yang telah menjemput saya walaupun cuma melalui telefon saja...Diharapkan segala kebaikan dapat dikecapi bersama...insyaallah...
Guru2 sedang berbincang untuk memurnikan modul yang dibuat...

Antara kenalan baru ...GC KIMIA dari SMK Sungai Limau dan SMKV Sungai Petani...

Seronok bila nama cikgu turut tersenarai... alhamdulillah...

makan time... gambar agak kabur... maklumlah candid...

PEKA KIMIA PERTAMA...

Jenuhlah cikgu berleter dalam kelas ni... 4Sc1 dan 4Sc2... aduhai... banyak mangkuk pijar (crucible) yang pecah.. gara2 pemanasan....
Akhirnya Alhamdulillah... selamat gak eksperimen ni... tak perlu diulang cuma 3 orang ja tak hadir... terpaksalah tunggu hari Khamis nanti kena ulang... apa2 pun jom tgk gelagat mereka...
proses pembakaran Magnesium: buka tudung mangkuk pijar untuk membenarkan oksigen melengkapkan proses pembakaran

Sedang menyusun radas

posing je lebih.... tapi betul susunan radasnya... api dari penunu Bunsen perlu sentuh mangkuk pijar.

ini sedang adjust markah.... jgn tipu tau...

proses timbangan perlu tepat...

sedang tunggu pembakaran lengkap selesai... berposing ke bereksperimen???

proses membuang lapisan oksida magnesium...

takut bila wasap oksida keluar dari proses pembakaran....

macho tak saya???  hehehe...

Alhamdulillah...tahniah kepada kedua-dua kelas 4Sc1 dan 4Sc2. Tiada sebarang kecederaan berlaku... Semua proses berjalan dengan lancar... sekarang cuma tunggu laporan eksperimen saja... kalau sesiapa lambat buat hantar markah konstruk 5 akan ditolak tau...

kursus peningkatan penampilan profesionalisme diri...hehehe...

31.3.12.... Memang happening betul sekolah ni. LDP untuk mencuci muka. Best gak sesekali hilangkan tension dan mencantikkan diri ni... boleh lah cikgu belajar cara berpakaian dalam majlis. Protokol lah katakan... jangan terkejut nanti bila cikgu mai sekolah jadi macam mak datin pulak... maklum lah bersemangat berhias selepas berkursus... seronok tgk gelagat cikgu2... hehehe... apa lagi jom sama2 kita melaram lepas ni.... pastikan muka jadi cantek berseri tau.... buat facial... lepas tu make up... ish2x... kalau lepas ni ada penaja nak make over cikgu pun bagus gak... hehehehe... boleh jadi mcm super model nanti.... wuakakkakakak....( gelak besau tu...)
Jom kita tgk gelagat cikgu2 kita ok....termasuk cikgu gak.... hehehehe...
Penceramah dengan mesranya berkongsi maklumat dengan cikgu2...

Antara bahan2 yang diperlukan untuk mencantekkan muka... AWAS!! TIADA BOTOX tau...

Antara persediaan awal mencuci muka... amacam... ada berani nak dekat???

Guru-guru yang turut hadir memeriahkan kursus...

Inilah kursus "hands-on" yang paling seronok awal tahun ni....

Inilah hasilnya... muuahh!!!... memang cantek... licin jer... semua titik hitam hitam dah takdak....

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.