Monday 2 January 2012

Selamat menunaikan azam baru...

Saban tahun yang berganti , pastinya ada sahaja azam baru yang dibuat. Apa kata pada tahun ni kita mulakan azam utk membina cita2 pula. Selalunya bila berakhirnya tahun, maka azam kita yang dibuat pada awal tahun lalu telah dilupakan. Namun cuba kita perbaharui cara pemikiran kita pula pada tahun ni.
Cadangan saya , kita letakkan azam yang besar tu di nombor 1. Lepas tu masukkan azam2 yang lain utk mencapai azam nombor 1 tu. Macam Mana? Rasanya boleh dicapai kot???

Azam cikgu pada tahun lalu yang tidak dicapai banyak sekali... Antaranya nak melawat ke istanbul, turki... rasanya kena aturkan jadual betul2 kot baru berpeluang nak pi sana. alahai istanbul.... tunggu aku di sana ya. Akan aku pastikan kakiku meninggalkan jejak disana pada tahun ni. Insyaallah...

Berita yang kurang baik sikit ni. Nampaknya setahun lagi cikgu zalilah ni di SMK Bukit Jambul. JPN Kedah tidak dapat mencari tempat yang sesuai dengan cikgu zalilah di sungai petani. Insyaallah pada oktober nanti akan dicuba lagi.

Walau apa jua cobaan yang merentangi di jalan laluan kita, perlulah kita berhemah dalam mengambil keputusan dan tindakan. Cikgu zalilah rasa rezeki cikgu masih disini. Insyaallah akan cikgu tebus kesalahan lalu dan menjalankan amanah dengan lebih baik lagi. Setanding dengan sekolah kluster kecemerlangan ni !!!


Selamat menjalani tugasan di tahun baru, selamat mengorak langkah untuk berjaya dan sama2 kita mensyukuri nikmat yang dikurniakanNya dan menggunakan nikmat itu untuk kebaikkan semua. Insyaallah...
Doakan cikgu disini ya...

No comments:

Post a Comment

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.