Sunday 8 January 2012

Hari baru permulaan baru.

Salam.
Dah agak lama tak update blog ni. Maaflah rasanya saya dok buzy dengan jadual baru, rutin harian yang baru serta cobaan baru di awal tahun ni.
Rasanya setiap hari kita perlu menampilkan yang terbaik dari diri kita untuk mengharungi hidup. Seperti pesan Saidina Abu Bakar ra " jadikan diri kita lebih baik dari semalam". Oleh itu kita kenalah mulakan titik perubahan pada diri kita sekarang ni jangan bertangguh.
Ha !!! apalagi. jadi saya pun mulalah mencari info yang perlu untuk meingkatkan motivasi diri. Antara yang menarik adalah disini yang saya akan berkongsi 3 faktor utama yang perlu kita jelaskan untuk membuat perubahan pada diri agar dapat mencapai matlamat yang kita kehendaki.
Faktor 1: Sediakan ilmu dan panduan yang secukupnya untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang matlamat kita tu. Tanyakan pada diri kita "adakah saya sedia utk berubah. Apakah saya mempunyai ilmu pengetahuan dan panduan untuk melakukan perubahan itu dan mencapai sasaran saya?
Ha!!! matlamat sasaran kita kena jelas dan jika boleh kita perlu berkongsi matlamat kita tu dengan org yang terdekat dengan kita. Bukan apa. Kita ni manusia yang lemah. Semangat yang dibina juga perlu permantauan dan peringatan dari semasa ke semasa. Jadi orang yang rapat dan dekat dengan kita diharapkan dapat membantu. Ataupun letak lah reminder kat tempat yang jelas kita nampak setiap pagi...hehehehe...
Faktor 2 : Fahami punca-punca yang menghalangi saya dari mencapai matlamat.   
Yang ni kita kena buat downlist betul2. kena ambil masa untuk berfikir sejenak dan semak semua punca-punca samada yang ada di depan mata kita sekarang ataupun yang bakal kita hadapi semasa kita sedang berusaha mencapai matlamat. Punca2 ni semua tak boleh dibiarkan begitu sahaja. perlu diselesaikan terlebih dahulu. tetapi janganlah sehingga memporakperandakan usaha yang telah dibina. Ingat kita perlu berhemah dalam setiap tindakan yang dibuat. seperti dlm post yang terdahulu " bina matlamat yang kecil untuk mencapai matlamat yang utama". Ha!!! begitulah... keep on the good work...
Faktor 3: Mengenalpasti punca yang menyebabkan saya kembali kepada tabiat lama. 
Inilah yang selalu dilupakan apabila sedang asyik kita berusaha untuk mencapai matlamat. Tabiat lama ni memang dah sebati dengan kita sejak lahirnya kita kedunia ni. Jadi perlulah kita kurangkan yang yang mana akan menjadi duri dalam usaha kita itu. Pastikan duri2 ini dibuang dahulu sedikit demi sedikit. Jangan terlalu drastik nak buang, kerana bila kita ambil langkah yang drastik dan membuta tuli pastinya kita akan menyesal di kemudian hari. Jadi lakukanlah dengan istiqamah dan bersabar. Istiqamah tu maksudnya dengan cara berterusan. Jangan ditinggalkan barang seharipun. Jika terpaksa ditinggalkan maka terpaksalah, namun perlu diteruskan pula keesokkan hari. Dah nama pun terpaksa, tapi tak bolehlah terpaksa yang dipaksa2 sehari2... itu namanya mengkhianati matlamat kita pula. Ha!!! ingat tu....
Jadi, walau sebesar manapun matlamat, sasaran kita, atau perubahan yang kita buat, perlulah kita ingat selalu dan bersabar dalam mengusahakan matlamat/ sasaran kita agar berhasil. Ingat bahawa, kita ni dianugerahkan Allah dengan kesihatan dan kekuatan. jadi syukurlah dan pada masa yang sama ingatlah untuk tetap berusaha dan membantu pula para sahabat dan orang2 disekeliling kita. kalau tak boleh buat dengan daya usaha, kita boleh sumbang akal fikiran. Jika yang tu pun tak boleh tolong gak, maka doakanlah mereka. Insyaallah dengan cara berkenaan kita bukan sahaja membantu org lain, tapi dalam masa yang sama mengasah motivasi yang sedia ada dalam diri kita. 
Nampaknya dah ada perubahan dalam post pada kali ini. Insyaallah saya akan cuba beristiqamah untuk berkongsi dengan semua.  Bukan apa perubahan yang paling utama adalah perubahan dengan diri sendiri. Doakan utk saya ya agar saya dipermudahkan urusan untuk menjalani hidup sehari2. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.