Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah tempoh 2011 telah berjaya diharungi dengan berbagai-bagai cobaan hidup untuk saya. Tak sangka hari ni telah dibuka lembaran baru untuk saya. Banyak aktiviti panitia sains pada tahun ni. Antaranya...
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU
1. Kelas Tambahan subjek Kimia Tingkatan 4, bagi tahun 2010
2. Kelas Tambahan Fasa 1 dan 2 anjuran SMKBJ
3. Kelas Tambahan Sains PMR 3 Cekal, 3Dinamik, 3 Fitrah,
4. Kelas Tambahan Fizik,Kimia, dan Biologi Tingkatan SPM
KURSUS / SEMINAR/ BENGKEL UNTUK GURU
1. Bengkel Penataraan Peka Sains PMR, Sains SPM, Fizik SPM, Kimia SPM dan Biologi SPM
2. Bengkel Penetapan KPI Sains PMR dan SPM, Tingkatan 1,2,4, Fizik Tingkatan 4,5, Kimia tingkatan 4,5, Biologi Tingkatan 4,5
3. Kursus Inovasi dalam Pengajararan ( Sistem GPS,Laman Blog,Penggunaan Internet dalam P&P )
4. Bengkel Pembinaan JSI bagi guru-guru baru
5. Mesyuarat Panitia Sains
LUAR KURIKULUM
1. Orientasi Murid Tingkatan 4
2. Aktiviti Kitar semula bersama CGSS USM
3. Projek Pameran Sains ( Science Exhibition )
4. Pertandingan-pertandingan Anjuran JPN, USM,ASMEP, RECSAM, Jabatan Kimia Negara, Toyota dan lain-lain badan berkanun dan swasta.
5. Aktiviti selepas PMR
MOTIVASI GURU DAN MURID
1. Klinik Mata Pelajaran
2. Perkongsian Bahan
3. Penggunaan Kit Menggubal Soalan
           Alhamdulillah untuk pertama kalinya di SMKBJ saya menjadi ketua panitia, saya rasakan banyak lagi yang perlu dipelajari. Insyaallah saya akan cuba lakukan tanggungjawab dengan lebih baik lagi ( jika dapat jadi KP lagi di sekolah baru...hehehehehe...)
           Salam Maal Hijrah semua, semoga amal kajikan kita pada tahun lalu dapat diteruskan lagi pada tahun baru ni. Insyaallah jika kita lakukan amal dengan ikhlas pasti ada ganjarannya. Sama-samalah kita doakan ya...
          "Ya Allah! Perelokkanlah segala amal perbuatan kami sekaliannya, Ya Allah ! Tambahkanlah kami dan janganlah mengurangkan kami, dan muliakanlah kami dan bukan menghinakan kami, kurniakanlah akan kami dan bukan menegah atau menahan akan kami, redhakanlah kami dan redha daripada kami wahai Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat" . Amin...

No comments:

Post a Comment

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.