Monday 21 November 2011

Pengalaman pertama...

Semasa pertandingan koleksi serangga baru-baru ni, cikgu zalilah berpeluang untuk mengimbas kembali nostalgia lama. Selepas cikgu zalilah ambil spm dulu lebih kurang pada tahun 199+....  cikgu zalilah pernah bekerja sambil menunggu result spm keluar. Cikgu zalilah bekerja sebagai pembantu penyelidik kepada pensyarah di usm. seronok juga bekerja sebagai pembantu penyelidik ni, mcm2 benda yang cikgu tak tau jadi bleh tau. Yang paling best sekali bila first time cikgu zalilah masuk dalam bendang. Tau bendang tu apa???. Sawah padi la...untuk cari larva pepatung ... First time gak cikgu zalilah tgk benda tu... mcm lipas. hehehe... Paling tak boleh lupa bila dalam dok mengkaji tu, tetiba batas bendang yang cikgu zalilah pijak tu lembut, terus jatuh cikgu zalilah dalam bendang, kaki pulak melekat dalam selut(lumpur) sampai tak bleh gerak.... Masa tu cikgu zalilah rasa mcm kena pasir jerlus...( masa tu la...heheheh...) hingga dua orang rakan cikgu terpaksa tarik naik...hehehee...
Sekarang ni bila teringat balik peristiwa tu... jadi lucu plak... kenderaan beratlah katakan... mesti guna kren untuk tarik.... hehehehee....
Pengalaman pertama bila dapat duit dari usaha sendiri... cikgu jugak berpeluang untuk mendaftar dengan kwsp seawal umur cikgu 17+ tahun... masih remaja lah katakan...
sekarang ni bila berpeluang berjumpa dengan pensyarah yang sama cuma masa sahaja yang berbeza... Prof. Salmah masih mcm dulu... cuma cikgu zalilah shaja yang makin lebar....hehehehe....
Terima kasih kepada Prof Salmah kerana pengalaman yang untuk seumur hidup cikgu zalilah...
Prof. Salmah Md Rawi... terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.