Wednesday 7 December 2011

Roller blade meluncur laju...

Setiap hari adalah istimewa. Banyak perkara yang menarik berlaku setiap hari pada setiap orang. Pada saya, semalam hari yang sangat menyeronokkan. Saya bersama kakak2 yang jarang2 balik kampung keluar bersama2 menonton wayang. Tetapi bukan tentang wayang yang ingin dikongsi hari ini.....
Semasa menunggu utk " now sitting " tu, sempat lah lagi saya menjengah ke bahagian theme park yang ada permainan roller blade. Asyik sungguh melihat telatah budak2 dan remaja disana. Terpikir pulak saya tentang kehidupan saya ni....
Kehidupan kita sebenarnya menyeronokkan. Ada pelbagai perkara yang boleh kita lakukan, perkara baik mahupun perkara yang jahat. Hal itu kita yang tentukan. Alhamdulillah kita diberi akal fikiran untuk memilih.
Dalam permainan roller blade tadi. ada budak yang masih tak pandai main, ada yang sudah boleh buat pelbagai aksi. Hidup kita pun macam tu. Ada yang baru mengorak langkah. baru mengecap kesenangan, baru mendapat kemudahan, ataupun baru membina kehidupan bersama pasangan. Mahupun begitu ada jugak yang dah lama merasainya, evergreen lah katakan...hehehehehe...
Dalam permainan roller blade ini pasti ada kemalangan, sama ada secara sengaja atau tidak, pasti pemain tersebut pernah merasai jatuh. Seperti yang saya lihat semalam. Ada seorang kakak yang cuba mengajar adiknya bermain roller blade. Bila adiknya terjatuh, si kakak juga turut jatuh sekali. Betul kerana adik tadi masih tak pandai lagi, namun disebabkan ada perlanggaran dengan pemain yang lain, kedua-duanya turut jatuh bersama. Begitu juga dengan halnya kehidupan kita. Dalam pada kita meniti kehidupan, jika kita merasai duka, nescaya orang yang rapat dengan kita juga turut merasainya. Namun bagaimana pula jika kita tersilap langkah. Adakah mereka juga merasai tempiasnya???
Itulah gunanya keluarga, sahabat dan pasangan kita.Kehadiran mereka adalah untuk memberi pengajaran dan contoh teladan. Mana yang silap dibetulkan. Kebahagian adalah untuk dikongsi bersama begitu juga dengan duka dan tangisan...
Banyak dugaan yang membadai kita setiap saat sama ada kita sedar atau tidak. Seandainya tiba masa untuk membuat pilihan, pasti sepenuhnya adalah pilihan dari diri kita. Janganlah disalahkan orang lain, walaupun mereka ada memberi pendapat namun kita yang perlu membuat pilihan. Keputusan adalah dari kita. Seandainya dalam pilihan kita itu terbit ketidakpuasan hati, atau terkecelaruan fikiran, tidak salah rasanya untuk kita membuat rujukan. menanyakan pendapat dari orang2 yang rapat dengan kita. Selainnya, mohonlah kehadrat Ilahi untuk diberikan petunjuk....
Roller blade tadi banyak mengajarkan saya erti kehidupan. Walaupun terjatuh, namun kita tetap bangun untuk menyambung permainan. Bila jatu pastinya sakit, sama ada berbekas atau tidak, namun hanya kita yang merasainya. Cuba kita bangun untuk melawan sakit itu. Cuba pula kita bayangkan jika kita telah menguasai permainan, pasti tiada halangan lagi untuk kita meluncur laju........

No comments:

Post a Comment

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.