Alhamdulillah, sekali lagi cikgu merasa begitu terpukul dengan cubaan yang datang tanpa diundang. Masa hujung tahun lalu cikgu ada memohon pertukaran sekolah kerana dah beli rumah kat SP. Namun tanpa prasangka tidak diluluskan oleh Pihak Kementrian. Apakan daya mungkin itu yang terbaik untuk cikgu pada masa itu. Setelah terubat luka di kalbu maka cikgu pun bangun dan tetapkan sasaran baru untuk tahun ini. Sedang selesa dengan apa yang cikgu ada sekarang tiba-tiba terima pulak surat.
Jeng...Jeng..Jeng... cikgu dapat surat arahan Pertukaran dari Kementerian Pelajaran bahawa permohonan diterima... alamak... apa dah jadi ni. Masa nak tukar tak dapat tukar. Bila dah selesa kena tukar pulak. Alahai... kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Mungkin pada masa itu bukan sesuai untuk cikgu bertukar. Ada hikmah disebalik yang berlaku. Alhamdulillah cikgu banyak belajar untuk memaafkan dan memohon maaf. Jadi mungkin sekarang adalah masa yang terbaik untuk bertukar... Esok 26 Feb cikgu akan melapor diri di tempat baru. Doakan Cikgu ya.
Semoga kita sama2 mencapai kejayaan yang diimpikan. Walau apa pun yang terjadi, janganlah kita putus berdoa untuk mendapat rahmat dari Nya dan pohonlah bantuanNya dalam setiap yang kita lakukan, Inyaallah...
SMK Dato' Bijaya Setia.... here i come....
Ya Allah , Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMu)- al A'raaf ayat 12.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Its me...
The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
No comments:
Post a Comment