Ya Allah , Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMu)- al A'raaf ayat 12.
Monday, 26 December 2011
Usaha yang berhasil...
Pasti dengan usaha murni para guru dan ketekunan para pelajar telah dapat membuahkan hasil yang bertambah utk dituai pada tahun ni... bilangan pelajar straight A's bertambah 76%... alhamdulillah.
Jadi rasanya pada tahun 2012 nanti cuma ada 1 kelas ja yang mungkin ada keputusan PMR bercampur-campur... lagi 5 kelas insyaallah semuanya pelajar cemerlang.
Senang la nanti cikgu2 tingkatan 4 lepas ni...
Alhamdulillah, semoga kecemerlangan SMKbukit jambul terus meningkat setiap tahun walaupun guru-guru silih berganti, namun perjuangan tetap diteruskan, insyaallah...
Monday, 12 December 2011
Syair dari ulama salihin...
Mereka berbaik sangka kepadaku
Padahal hakikatnya tidaklah begitu
Tetapi aku adalah orang yang zalim
Sbagimana yang Engkau sedia maklum
Kau sembunyikan semua aib yang ada
Dari pandangan mata mereka
Kau kenakan pakaian menawan
Sbagi tabir tutupan
Jadilah mereka meyintai
Padahal aku tidak layak dicintai
Tapi hanyalah diserupai
Janganlah Engkau hinakan aku
Pada Hari Qiamat di tengah mereka
Jadikanlah aku yang mulia
Termasuk yang hina dina...
maksudnya:Penyair yang shaleh ini mengisyaratkan makna yang lembut dan sgt penting, iaitu keindahan tabir yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Brp banyak cela yang tersembunyi, dan Allah menutupinya dari pandangan orang ramai. Andaikata Allah membuka tabir itu dari pandangan mereka, tentu kelemahannya akan terserlah dan kedudukannya akan jatuh. Tetapi kurnia Allah enggan untuk menyingkap tabir kelemahan hamba-hambaNya, sbagi kurnia dan kemuliaan baginya.
Wednesday, 7 December 2011
Roller blade meluncur laju...
Semasa menunggu utk " now sitting " tu, sempat lah lagi saya menjengah ke bahagian theme park yang ada permainan roller blade. Asyik sungguh melihat telatah budak2 dan remaja disana. Terpikir pulak saya tentang kehidupan saya ni....
Kehidupan kita sebenarnya menyeronokkan. Ada pelbagai perkara yang boleh kita lakukan, perkara baik mahupun perkara yang jahat. Hal itu kita yang tentukan. Alhamdulillah kita diberi akal fikiran untuk memilih.
Dalam permainan roller blade tadi. ada budak yang masih tak pandai main, ada yang sudah boleh buat pelbagai aksi. Hidup kita pun macam tu. Ada yang baru mengorak langkah. baru mengecap kesenangan, baru mendapat kemudahan, ataupun baru membina kehidupan bersama pasangan. Mahupun begitu ada jugak yang dah lama merasainya, evergreen lah katakan...hehehehehe...
Dalam permainan roller blade ini pasti ada kemalangan, sama ada secara sengaja atau tidak, pasti pemain tersebut pernah merasai jatuh. Seperti yang saya lihat semalam. Ada seorang kakak yang cuba mengajar adiknya bermain roller blade. Bila adiknya terjatuh, si kakak juga turut jatuh sekali. Betul kerana adik tadi masih tak pandai lagi, namun disebabkan ada perlanggaran dengan pemain yang lain, kedua-duanya turut jatuh bersama. Begitu juga dengan halnya kehidupan kita. Dalam pada kita meniti kehidupan, jika kita merasai duka, nescaya orang yang rapat dengan kita juga turut merasainya. Namun bagaimana pula jika kita tersilap langkah. Adakah mereka juga merasai tempiasnya???
Itulah gunanya keluarga, sahabat dan pasangan kita.Kehadiran mereka adalah untuk memberi pengajaran dan contoh teladan. Mana yang silap dibetulkan. Kebahagian adalah untuk dikongsi bersama begitu juga dengan duka dan tangisan...
Banyak dugaan yang membadai kita setiap saat sama ada kita sedar atau tidak. Seandainya tiba masa untuk membuat pilihan, pasti sepenuhnya adalah pilihan dari diri kita. Janganlah disalahkan orang lain, walaupun mereka ada memberi pendapat namun kita yang perlu membuat pilihan. Keputusan adalah dari kita. Seandainya dalam pilihan kita itu terbit ketidakpuasan hati, atau terkecelaruan fikiran, tidak salah rasanya untuk kita membuat rujukan. menanyakan pendapat dari orang2 yang rapat dengan kita. Selainnya, mohonlah kehadrat Ilahi untuk diberikan petunjuk....
Roller blade tadi banyak mengajarkan saya erti kehidupan. Walaupun terjatuh, namun kita tetap bangun untuk menyambung permainan. Bila jatu pastinya sakit, sama ada berbekas atau tidak, namun hanya kita yang merasainya. Cuba kita bangun untuk melawan sakit itu. Cuba pula kita bayangkan jika kita telah menguasai permainan, pasti tiada halangan lagi untuk kita meluncur laju........
Tuesday, 6 December 2011
Huraian pelajaran...
sila klik laman web di bawah utk mendapatkan huraian sukatan pelajaran...
http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66
selamat membuat perancangan utk tahun hadapan...
December datang lagi...
Jenuh la nak siapkan keja yang tertangguh sepanjang tahun ni....
Masa bulan december lah yang paling saya suka... CUTI...
tapi tak lah dapat rasa cuti mcm cuti yang sebenarnya...
Dapatlah saya muhasabah diri sepanjang 11 bulan yang lalu...
cuba fikirkan utk buat perubahan di tahun hadapan.
Insyaallah lepas guna internet ni.. banyak yang saya pelajari...
azam pada tahun depan... mcm tahun lepas gak la...hehehehe.... tak yah citer la....hehehehe...
jadi kepada yang di luar sana , rasanya tak terlalu awal utk saya ingatkan supaya perbaharui azam lama,
cuma yang penting kita cepat2 sedarkan diri utk mengambil langkah pertama utk buat perubahan.
Jadi diri kita yang sebenar, dan cuba mendalami keperluan kita.... ingat!!!! keperluan kita ... bukan kemahuan kita....
apa2 pun... tingkatkan prestasi, sentiasa bermotivasi, jauhi imaginasi negatif ya...
jumpa lagi....
wassalam