Monday, 3 October 2016

alhamdulillah.... sentiasa ada masa

salam rindu buat semua....
alhamdulillah ...
dalam sibuk-sibuk, cikgu sempat jugak nk bukak blog ni... hampir terlupa pula dibuatnya....
dah hampir dua bulan tak update blog ni....

nampaknya pada kali ini cikgu nak share sikit aktiviti cikgu pada bulan ogos ni....
seronok sambut bulan kemerdekaan ni... tapi mcm biasa la... kalau tak selfie tak sah....
sekolah cikgu buat perarakan setiap uni beruniform jalan2 masuk kampung di sekitar sekolah... hampir 1 jam jugak lah kena berjalan... tetapi cikgu tak sempat nak merasakan kemeriahannya sebab cikgu tak ikut serta berarak dengan mereka.... : (

cuba tgk gambar2 ni best kan....
bersama bunga kebangsaan.....

bersama favourite student cikgu....
dengan pasukan kebanggaan cikgu...

posing jap sebelum berarak dengan basikal keliling kampung.... hehehe... posing ja.... kuang..kuang...kuang...



kemeriahan dengan pelajar semasa menunggu persembahan

posing jap dengan pereka pakaian jalur gemilang....


tak kurang hebatnya bila kena hias kelas jugak....
tengok ni....





Biasanya... sambutan dibuat awal dan akhir bulan kemerdekaan, namun disini setiap subjek wajib buat aktiviti untuk sambut merdeka..... boleh dikatakan setiap hari aja saja pertandingan yang melibatkan jalur gemilang... meriah betul.... teringat kat llirik lagu Keranamu Malaysia... antara ayat-ayat yang terkesan di jiwa cikgu ialah ....
"ANAK-ANAK TERASUH MINDANYA... LAHIR GENERASI BIJAK PANDAI"
....sememangnya kita memang terasuh dengan budaya sopan dan ajaran agama yang memang utuh sejak dari dulu lagi...cuma....kebelakangan ini, ramai anak-anak muda yang masih leka tanpa sedar cabaran dari luar sempadan.....
walau apa pun cikgu tetap cikgu....

SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA!!!

Wednesday, 3 August 2016

MINI GAME ZONE

Salam,
seronok sangat masa bulan Julai.
setiap bulan Julai mesti ada karnival bulan sains dan matematik.
kali ini cikgu buat lain sikit. gamezone.
sebenarnya ada berbagai permainan kita boleh buat dengan alatan makmal ni. jadi cikgu pun mintak budak 2 Dedikasi fikirkan permainan yang boleh dibuat dengan peralatan di sekeliling mereka. akhirnya jadilah 5 permainan yang boleh dimainkan di dalam makmal.
murid menggunakan pam angin untuk menolak bola pingpong dari bawah ke atas gulungan kadbod. Konsep tujahan.
hanya yang mempunyai otot tangan yang kuat saja boleh pam bola pingpong ni. hehehe

murid menggunakan pemegang tabung uji dan penyumbat getah sebagai damak untuk mendapatkan sasaran tepat.
memang susah permainan ini kerana perlu timing yang betul untuk melepaskan penyumbat getah tu. konsep daya dan tekanan. bila cikgu cuba pun memang susah sebab kena kawal pemegang tabung uji dengan dua jari...
hmmmmm memang susah nak menang....   :(
kalau pam dengan sopan santun memang tak berjaya lah jawabnya...

dalam flying cd pun susah jugak nak menang. sebab nak masukkan belon dan lekat kat lubang cd tu memang susah.
namun seronok bila cd dah mula menyusur laju atas meja mcm 'hovercraft' pula. konsep tekanan.

hanya dengan udara hembusan saja boleh tukarkan penunjuk bikarbonar dari biru ke kuning. sebab gas karbon dioksida sedikit berasid. jenuh juga nak tiup ni. konsep asid dan bes. permainan ini paling digemari sebab senang. kalau budak lelaki tu , senang ja nak tiup. terbaik.......

dengan menggunakan magnet dan klip kertas besi,  murid dapat membuat Joran untuk menangkap ikan kertas. menarik juga sebab tak semua ikan kertas diletakkan dengan klip besi. terpaksalah bersabar dengan permainan ini sebab kena beratur..... sabar je la.....


dengan penuh kusyuk, murid mendengar penerangan daripada murid..... 
Seronok kan!!!   rasa bersemangat bila buat aktiviti mcm ni, baru kita nampak sebenarnya pelajar-pelajar kita ni memang kreatif. dengan barangan di sekeliling mereka dapat mencipta permainan yang bukan sahaja dapat mengaplikasi konsep-konsep dalam sains tetapi juga menjadi satu pentas untuk mengasah bakat untuk membuat penerangan terbuka. Syabas diucapkan kepada murid-murid daripada 2 dedikasi yang telah berusaha untuk menunjukkan minat dan dapat menjayakan salah satu aktiviti kelas mereka pada karnival sains kali ini. next time kita buat yang aktiviti yang lain pula. TERBAIK DAN TERNAMA....

Its me...

The Life Journey Begins... Slideshow: Its’s trip from Pinang, Malaysia to 7 cities Kuala Lumpur, HCMC (near Ho Chi Minh City, Vietnam), Georgetown, Bukit Bendera (near Batu Ferringhi, Pulau Penang), Shah Alam, Jertih (near Kota Bharu, Kelantan) and Alor Setar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.